Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berangkat ke Majlis Bertahlil YSHHB
18/03/2024

mjpm_180324.jpg

Bersempena dengan bulan Ramadan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) mengadakan Majlis Bertahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam; Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan, di sini. 

Berangkat pada majlis berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir YSHHB. 

Menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof selaku Ahli-ahli Jemaah Tadbir YSHHB; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB. 

Bacaan Yaa Siin dan Tahlil diketuai oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustafa bin Haji Murat. 

Majlis berkenaan adalah salah satu daripada aktiviti tahunan YSHHB pada bulan Ramadan. 

Juga hadir pada majlis berkenaan ialah Ahli-ahli Lembaga Pengarah YSHHB; Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-anak Yatim; para pegawai dan kakitangan YSHHB, pelajar Sekolah Menengah YSHHB, ahli-ahli Alumni Sultan's Scholar YSHHB, sukarelawan YSHHB dan penduduk Kampung Bolkiah 'A' dan Kampung Bolkiah 'B'.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto